Monday 15 February 2016

Teori kedatangan Islam Dari Tanah Arab/Parsi


        Hubungan perdagangan Arab dengan Tanah Melayu telah berlaku sebelum wujudnya Islam lagi . Tetapi akitiviti dagangan bertambah selepas Islam diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke-7 masihi . Sesuai dengan Islam yang bersifat universal , masyarakat melayu selesa dengan agama islam yang dianuti mereka . Malah ianya memudahkan lagi pedagang-pedagang Arab untuk melakukan aktiviti dagangan mereka . John Crawford telah mengemukakan teori dan disokong oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas iaitu Islam datang dari Arab melalui pedagang . Buktinya , Buktinya catatan China mengatakan orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan di Canton sejak tahun 300 M. Pedagang Arab yang ke China singgah di pelabuhan Asia Tenggara khasnya di Selat Melaka kerana kedudukannya  strategik dan pedagang Arab ini tinggal beberapa bulan di Asia Tenggara dan ada yang menetap serta membina perkampungan Arab . Perkampungan ini juga menjadi tempat untuk berdagang . Ada juga pedagang Arab yang berkahwin dengan wanita tempatan dan menyebarkan Islam . Menurut catatan China telah wujud petempatan Arab di Sumatera Utara iaitu di Ta Shih .




                                        Kedatangan pedagang Arab ke Tanah Melayu


     Sebagai contoh bukti kedatangan Islam terus dari Arab/Parsi yang telah dihujahkan oleh Professor Doktor Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972) ialah  :


  • Pengaruh daripada sudut tulisan jawi yang berasal daripada Arab
  • Kebanyakkan ulama-ulama yang datang ke rantau ini adalah daripada Tanah Arab seperti Syeikh Ismail Al-Siddiq , Maulana Abu Bakar , Maulana Iskah dan ramai lagi .
  • Istilah Melaka berasal daripada Arab iaitu 'mulaqat' bermaksud tempat pertemuan .
  • Terdirinya kerajaan Melayu-Islam Melaka yang menggunakan Perundangan Islam 'syariah Islamiyyah' untuk mentadbir negara .
Sumber Rujukan :ENSIKLOPEDIA Dunia Islam - PT ICHTIAR BARU VAN HOEVE

2 comments: