Monday, 15 February 2016

Faktor-Faktor Kedatangan Islam Ke Tanah Melayu


Ada beberapa faktor tentang penyebaran agama islam di nusantara. Antaranya ialah faktor kesederhanaan, kesucian dan keluhuran agama islam itu sendiri. Bersama dengan kedatangan islam itu pula wujudnya keamanan, ilmu pengetahuan, kepandaian,menulis dan membaca, keadilan sosial dan kemajuan, sebagai gambaran daripada keluhuran dan kesucian agama tersebut. Salah satu daripada ajaran islam itu ialah wajib percaya kepada adanya syurga dan pahala dan kita juga akan menerima azabnya jika berbuat kejahatan.

Faktor ekonomi dan sosial juga menjadi pendorong yang besar ke arah kepesatan berkembangnya agama islam di Tanah Melayu . Kemewahan yang dimiliki oleh saudagar-saudagar islam juga telah menarik hati penduduk tempatan termasuk pihak pemerintah sendiri. Mereka mengahwinkan puteri-puteri bangsawan dan puteri-puteri orang besar untuk mengekalkan saudagar-saudagar tersebut di tempat itu untuk mendapat faedah ekonomi. Huru-hara akibat peperangan juga merupakan faktor penting tersebarnya agama islam.
Disamping itu, kelemahan pengaruh hindu dan buddha telah mendorongkan kepada penukaran dari agama tersebut kepada agama islam. Aliran fikiran yang menjadi panduan hidup orang hindu banyak yang bertentangandengan tradisi penduduk tempatan Disebaliknya pula islam telah menarik fikiran mereka menyebabkan mereka berasa senang hati memeluk islam.

Tempat tumpuan islam yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu ialah Kuala Brang. lebih kurang dua puluh lima batu ke hulu sungai Terengganu. Buktinya masih dapat dilihat sekarang ini di Muzium Negara Kuala Lumpur iaitu Batu Terengganu. Walaubagaimanapun islam tidak tersebar dari Terengganu ke seluruh Tanah Melayu kerana beberapa faktor.


  • MELAKA


Telah diketahui dan dipercayai umum bahawa disekitar tahun 1400 M, Melaka sudah menjadi sebuah negar pelabuhan dan perdagangan terpenting di Tanah Melayu. Menurut catatan sejarah Cina ada menyatakan bahawa seorang general Dinasti Ming yang bernama Cheng Ho yang beragama islam telah datang ke Melaka pada tahun 1403 M. Catatan itu ada menyatakan bahawa rakyat negeri Melaka yang waktu itu telah ramai beragama islam. Ini menunjukkan bahawa agama islam telah pun bertapak disana sejak dari tarikh tersebut.

Raja Melaka yang pertama memeluk agama islam ialah Megat Iskandar Syah. Pengaruh Arab-Parsi ternyata besar, lalu dia berkahwin dengan puteri Raja Pasai. Pada masa pemerintahannya agama islam telah berkembang di Johor, Pahang, Jambi, Siak, Rokan, Indagiri, Kampar, Bengkalis, Bentan dan Kepulauan Riau.
Setelah Sultan Mansur Syah mangkat pada tahun 1477 M, putera baginda bergelar Alauddin Riayat Syah menaiki takhta. Beliau telah menguatkan undang-undang islam dalam pemerintahannya sebelum kemangkatan beliau.


  •  JOHOR


Johor sentiasa berhubung rapat dengan kesultanan Melaka malah sebahagian dari negeri Johor adalah dianggap sebahagian dari negeri Melaka asli. Dapat dikatakan bahawa kepala-kepala daerah di Johor dan juga penduduk yang begitu jauh terasing di pedalaman negeri itu telah memeluk islam sebagai hasil secara langsung dari penerimaan agama islam di Melaka. Berlakunya demikian kerana adanya jalinan yang erat antara kedua-dua negeri yang berkenaan Batu bersurat islam Islam yang mula-mula sekali dijumpai di daerah ini ialah kubur Sultan Alauddin Syah yang telah meninggal dalam tahun 1488 M, di Ulu Pagoh dan kubur saudaranya Sulaiman bin Sultan Mansur di Sayong.


  • NEGERI SEMBILAN


Sungai Ujong menjadi milik Tun Peark, Bendahara Sultan Muhammed Melaka(1423-46 M). Jadi daerah ini pun sebagaimana yang telah berlaku di Johor telah memeluk agama islam pada permulaan abad ke lima belas.


  • KELANTAN


Dalam sejarah negeri Kelantan ada tersebut bahawa disekitar tahun 1550M. , seorang Syekh dari Pantai telah datang membawa agama islam di negeri ini. Wang dinar perbelanjaan negeri Kelantan yang bertulis angka Arab 577 yang mungkin bermaksud tahun 577 Hijrah telah dijumpai disana.


  • KEDAH


Sejarah negeri Kedah ada menyatakan bahawa agama islam masuk ke negeri itu pada tahun 1501 M dibawa oleh seprang pengembang agama bernama Syaekh Abdullah. Kaedah pada masa itu yang bernama Pra Ong Maha Wangsa atau nama islamnya Sultan Muzaffar Syah. Kemudian seisi istana dan orang besar sekelilingnya turut menganut islam. Berhala-berhala yang disembah sejak datuk-nenek mereka dibakar dan dibinasakan.


  • SELANGOR


Tun Perak yang memiliki Sungai Ujung juga memiliki Kelang sebagai tanah jajahannya. Ini menunjukkan bahawa Kelang telah menjadi kota islam semenjak pertengahan pertama abad kelima belas. Sebelum kedatangan Bugis dalam abad ke lapan belas, di Selangor sangat terbatas kepada daerah Kelang semata-mata.


  • PAHANG


Dinegeri Pahanglah banyak sekali batu nesan raja yang terjaga baiksehingga dapat dihubungkan sejarah satu-persatu dengan tepat. Batu nesan tersebut dapat dilihat dilanggar dan inilah batu bersurat islam yang mula-mula dijumpai di Pahang.


  • PERAK



Raja Melaka yang akhir iaitu Sultan Mahmud(1488-1511 M) pernah memberi bantuan kepada Beruas memerangi musuhnya. Perhubungan mereka bertambah erat apabila saudara perempuan Raja Beruas telah kahwin salah seorang kerabat diraja Melaka. Ini menunjukkan islam tersebar di Beruas.

Sumber Rujukan  ( Buku) Islam di Alam Melayu -  MAHAYUDIN HAJI YAHAYA

4 comments: