Monday 15 February 2016

Teori Kedatangan Islam Dari India


Brian Harrison penyokong kepada Snouck Hurgronje merupakan seorang orientalis barat yang telah mengemukakan teori iaitu masyarakat Tanah Melayu mengambil pandangan daripada masyarakat India bagi tujuan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal dagangan dan kebudayaan . Ianya bertujuan untuk menjalinkan hubungan dua hala dan Tanah Melayu berminat dengan agama Islam yang dianuti oleh pedagang-pedagang India . Selain itu , pengaruh perkataan India seperti 'lebai' telah diguna pakai dalam masyarakat melayu sehingga kini . Malah senibina kubah masjid juga dikatakan berasal daripada senibina dari negeri india .

 Snouck Hurgronje merupakan sejarawan belanda telah mengemukakan sejak abad ke13 lagi  Islam telah berkembang ke Asia Tenggara menerusi India, iaitu wilayah Gujerat dan Pantai Koromandel . Pendapat beliau ialah berdasarkan bukti berikut :

Snouck Hurgronje

Pedagang India Islam telah lama menjalinkan hubungan perdagangan dengan masyarakat di Asia Tenggara . Gujerat ialah pelabuhan penting pada zaman pemerintahan Khilji di India.
Batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa dan batu nisan Malik al-Salih di Pasai memperlihat ciri buatan Islam.Sejak dahulu lagi, unsur kebudayaan Hindu telah disebarkan ke dalam masyarakat di Asia Tenggara.


Sumber Rujukan ENSIKLOPEDIA Dunia Islam - PT ICHTIAR BARU VAN HOEVE

4 comments:

  1. Betul ke gmbr ni?

    ReplyDelete
  2. Betul. Gambar Snouck Hurgronje adalah berdasarkan fakta :)

    ReplyDelete
  3. wahhh , hebat sungguh fakta disini . Saya amat bersyukur kerana dapat info seperti ini di blog ini.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete