Wednesday, 17 February 2016
Reference
Islam di Alam Melayu - MAHAYUDIN HAJI YAHAYA
Islam Nusantara - Dr. M. ABDUL KARIM
Atlas Penyebaran Islam - Dr SYAUQI ABU KHALIL
ENSIKLOPEDIA Dunia Islam - PT ICHTIAR BARU VAN HOEVE
Sumber Internet
Monday, 15 February 2016
Faktor-Faktor Kedatangan Islam Ke Tanah Melayu
Ada beberapa faktor tentang penyebaran
agama islam di nusantara. Antaranya ialah faktor kesederhanaan, kesucian dan
keluhuran agama islam itu sendiri. Bersama dengan kedatangan islam itu pula
wujudnya keamanan, ilmu pengetahuan, kepandaian,menulis dan membaca, keadilan
sosial dan kemajuan, sebagai gambaran daripada keluhuran dan kesucian agama
tersebut. Salah satu daripada ajaran islam itu ialah wajib percaya kepada
adanya syurga dan pahala dan kita juga akan menerima azabnya jika berbuat
kejahatan.
Faktor ekonomi dan sosial juga menjadi
pendorong yang besar ke arah kepesatan berkembangnya agama islam di Tanah
Melayu . Kemewahan yang dimiliki oleh saudagar-saudagar islam juga telah
menarik hati penduduk tempatan termasuk pihak pemerintah sendiri. Mereka
mengahwinkan puteri-puteri bangsawan dan puteri-puteri orang besar untuk
mengekalkan saudagar-saudagar tersebut di tempat itu untuk mendapat faedah
ekonomi. Huru-hara akibat peperangan juga merupakan faktor penting tersebarnya
agama islam.
Disamping itu, kelemahan pengaruh hindu dan
buddha telah mendorongkan kepada penukaran dari agama tersebut kepada agama
islam. Aliran fikiran yang menjadi panduan hidup orang hindu banyak yang
bertentangandengan tradisi penduduk tempatan Disebaliknya pula islam telah
menarik fikiran mereka menyebabkan mereka berasa senang hati memeluk islam.
Tempat tumpuan islam yang pertama di
Semenanjung Tanah Melayu ialah Kuala Brang. lebih kurang dua puluh lima batu ke
hulu sungai Terengganu. Buktinya masih dapat dilihat sekarang ini di Muzium
Negara Kuala Lumpur iaitu Batu Terengganu. Walaubagaimanapun islam tidak
tersebar dari Terengganu ke seluruh Tanah Melayu kerana beberapa faktor.
- MELAKA
Telah diketahui dan dipercayai umum bahawa
disekitar tahun 1400 M, Melaka sudah menjadi sebuah negar pelabuhan dan
perdagangan terpenting di Tanah Melayu. Menurut catatan sejarah Cina ada
menyatakan bahawa seorang general Dinasti Ming yang bernama Cheng Ho yang
beragama islam telah datang ke Melaka pada tahun 1403 M. Catatan itu ada
menyatakan bahawa rakyat negeri Melaka yang waktu itu telah ramai beragama
islam. Ini menunjukkan bahawa agama islam telah pun bertapak disana sejak dari
tarikh tersebut.
Raja Melaka yang pertama memeluk agama
islam ialah Megat Iskandar Syah. Pengaruh Arab-Parsi ternyata besar, lalu dia
berkahwin dengan puteri Raja Pasai. Pada masa pemerintahannya agama islam telah
berkembang di Johor, Pahang, Jambi, Siak, Rokan, Indagiri, Kampar, Bengkalis,
Bentan dan Kepulauan Riau.
Setelah Sultan Mansur Syah mangkat pada
tahun 1477 M, putera baginda bergelar Alauddin Riayat Syah menaiki takhta.
Beliau telah menguatkan undang-undang islam dalam pemerintahannya sebelum
kemangkatan beliau.
- JOHOR
Johor sentiasa berhubung rapat dengan
kesultanan Melaka malah sebahagian dari negeri Johor adalah dianggap sebahagian
dari negeri Melaka asli. Dapat dikatakan bahawa kepala-kepala daerah di Johor
dan juga penduduk yang begitu jauh terasing di pedalaman negeri itu telah
memeluk islam sebagai hasil secara langsung dari penerimaan agama islam di
Melaka. Berlakunya demikian kerana adanya jalinan yang erat antara kedua-dua
negeri yang berkenaan Batu bersurat islam Islam yang mula-mula sekali dijumpai
di daerah ini ialah kubur Sultan Alauddin Syah yang telah meninggal dalam tahun
1488 M, di Ulu Pagoh dan kubur saudaranya Sulaiman bin Sultan Mansur di Sayong.
- NEGERI SEMBILAN
Sungai Ujong menjadi milik Tun Peark,
Bendahara Sultan Muhammed Melaka(1423-46 M). Jadi daerah ini pun sebagaimana
yang telah berlaku di Johor telah memeluk agama islam pada permulaan abad ke
lima belas.
- KELANTAN
Dalam sejarah negeri Kelantan ada tersebut
bahawa disekitar tahun 1550M. , seorang Syekh dari Pantai telah datang membawa
agama islam di negeri ini. Wang dinar perbelanjaan negeri Kelantan yang
bertulis angka Arab 577 yang mungkin bermaksud tahun 577 Hijrah telah dijumpai
disana.
- KEDAH
Sejarah negeri Kedah ada menyatakan bahawa
agama islam masuk ke negeri itu pada tahun 1501 M dibawa oleh seprang
pengembang agama bernama Syaekh Abdullah. Kaedah pada masa itu yang bernama Pra
Ong Maha Wangsa atau nama islamnya Sultan Muzaffar Syah. Kemudian seisi istana
dan orang besar sekelilingnya turut menganut islam. Berhala-berhala yang
disembah sejak datuk-nenek mereka dibakar dan dibinasakan.
- SELANGOR
Tun Perak yang memiliki Sungai Ujung juga
memiliki Kelang sebagai tanah jajahannya. Ini menunjukkan bahawa Kelang telah
menjadi kota islam semenjak pertengahan pertama abad kelima belas. Sebelum
kedatangan Bugis dalam abad ke lapan belas, di Selangor sangat terbatas kepada
daerah Kelang semata-mata.
- PAHANG
Dinegeri Pahanglah banyak sekali batu nesan
raja yang terjaga baiksehingga dapat dihubungkan sejarah satu-persatu dengan
tepat. Batu nesan tersebut dapat dilihat dilanggar dan inilah batu bersurat
islam yang mula-mula dijumpai di Pahang.
- PERAK
Raja Melaka yang akhir iaitu Sultan
Mahmud(1488-1511 M) pernah memberi bantuan kepada Beruas memerangi musuhnya.
Perhubungan mereka bertambah erat apabila saudara perempuan Raja Beruas telah
kahwin salah seorang kerabat diraja Melaka. Ini menunjukkan islam tersebar di
Beruas.
Sumber Rujukan ( Buku) Islam di Alam Melayu - MAHAYUDIN HAJI YAHAYA
Sumber Rujukan ( Buku) Islam di Alam Melayu - MAHAYUDIN HAJI YAHAYA
Cara-cara Kedatangan Islam Ke Tanah Melayu
- Melalui perdagangan
Pedagang dari Arab , China dan India telah
lama menjalin hubungan di pelabuhan Asia Tenggara seperti di Selat Melaka ,
Kepulauan Rempah .
Sikap dan tingkahlaku baik pedagang Islam
ini menjadi ikutan penduduk setempat
Setengah pedagang luar ini membawa ulama
bersama mereka untuk berdakwah di pelabuhan
Sifat mahmudah (sopan-santun , ikhlas ,
lemah-lembut ) pedagang Islam menarik minat orang tempatan
Pedagang Islam juga mempunyai hubungan baik
dengan pemerintah tempatan hingga diberi keistimewaan . Ada diantara mereka
dianugerah jawatan syahbandar , syahbandar inilah yang turut menyebarkan Islam
.
- Melalui perkahwinan
Perkahwinan Siasah - berlaku di kalangan
kerabat diraja . Di Melaka Sultan Mansur
Syah dan Muzaffar Syah mengahwinkan puteri mereka dengan Raja Siak , Kampar ,
Jambi. Kemudiannya negeri ini akan diislamkan oleh Melaka
Perkahwinan Biasa - berlaku antara ulama
atau pedagang Islam dari India atau Arab dengan orang tempatan . Maka Islam
tersebar di kalangan keluarga di kalangan keluarga dan masyarakat orang yang
dikahwini itu .
- Pengislaman Raja Dan Golongan Bangsawan
Apabila raja memeluk Islam , ia akan
diikuti oleh rakyat kerana mereka sangat setia kepada raja
Pengislaman Megat Iskandar Syah Melaka
contohnya , diikuti pengislamankeluarga diraja\
Di Pasai pengislaman Raja Malik menjadikan Islam cepat berkembang dan Pasai
menjadi kerajaan yang kuat
- Kelahiran Kerajaan Islam
a. Kerajaan Islam terawal - Kerajaan Perlak ,
Samudera dan Pasai .
b. Melaka - Tun Perak memperluaskan kuasa dan
kemudiannya mengislamkan kawasan seperti Aru , Rokan dan Siak .
c. Johor Riau - Kerajaan ini berusaha menawan
semula Melaka bagi mengelakkan Portugis menawan Melaka menjadi pusat penyebaran
agama Kristian di Tanah Melayu
d. Demak - Selepas menawan Majapahit ,
kerajaan ini telah menyebarkan Islam ke seluruh Jawa . Usaha ini diikuti oleh
Kerajaan Islam di Jawa seperti Pajang dan Mataram
- Peranan Pusat Kebudayaan
Pusat kebudayaan bertindak sebagai pusat
keilmuan dan penyebaran Islam seperti di Perak , Riau , Acheh . Di sini ramai cerdik pandai dan
banyak institusi pendidikan .
Samudera dan Pasai - menjadi pusat penterjemahan di kepulauan
Melayu , Kitab Arab , telah diterjemah
kepada Bahasa Melayu . Sulatan Mansur
Melaka pernah mengirim kitab al - Dur Al dan manzun untuk diterjemahkan di sini
. Sultan Mahmud Melaka pula pernah merujuk masalah agama kepada pakar di sini .
Melaka - banyak karya sastera pengaruh Arab
ditulis seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Nabi bercukur
Sumber Rujukan (Buku) Islam Nusantara - Dr. M. ABDUL KARIM
Sumber Rujukan (Buku) Islam Nusantara - Dr. M. ABDUL KARIM
Faktor-faktor Penyebaran Agama Islam ke Tanah Melayu
- Faktor Perdagangan :
Para pedagang memang memainkan peranan
penting dalam penyebaran Islam di Tanah Melayu. Para pedagang Arab, India,
Parsi memang mempunyai kegiatan perdagangan di Tanah Melayu sejak abad ke 8
atau 9 Masihi. Peranan mereka dalam penyebaran Islam ini dapat dibahagikan
kepada dua iaitu usaha mereka sendiri menyampaikan Islam kepada penduduk
tempatan dan keduanya ialah melalui kemudahan yang mereka berikan kepada para
pendakwah Islam menaiki kapal-kapal mereka untuk bergerak dari satu pelabuhan
ke pelabuhan lain untuk berdakwah. Para pedagang Islam mempunyai peluang yang
sebaik-baiknya untuk menyebarkan Islam melalui tiga saluran iaitu hubungan baik
mereka dengan para penguasa pelabuhan, raja atau pembesar-pembesar tempatan.
Selain itu, mereka mengahwini gadis-gadis tempatan dan menjalin hubungan baik
dengan pedagang-pedagang lain yang datang dari berbagai-bagai kawasan di
Nusantara. Di samping itu, pada abadabad 14, 15, 16, dan 17 Masihi menyaksikan
bahawa kegiatan perdagangan amat menggalakkan sekali. Contohnya, pada abad
ke-14 kerajaan Pasai, abad ke-15 kerajaan Melaka, dan pada abad ke-16 kerajaan
Acheh merupakan pusat-pusat perdagangan yang mewarnai kegiatan perdagangan di
Tanah Melayu. Kedudukan Tanah Melayu yang amat strategik membantu kerancakan
perdagangan.
- Faktor Ajaran Islam :
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu terpaksa
menghadapi persaingan agama Hindu yang telah bertapak selama 13 abad. Namun,
semua aspek ajaran Islam itu mempunyai kelebihannya yang menyebabkan Islam
mudah diterima oleh penduduk Nusantara. Salah satu kebaikan Islam ialah mudah
difahami, tidak bertentangan dengan akal fikiran, sentiasa rasional dan amat
sesuai bagi semua manusia pada segenap zaman dan tempat. Misalnya, dalam aspek
sosial, Islam mengajarkan bahawa semua manusia adalah sama taraf dan manusia
yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah mereka yang paling bertakwa. Di
samping itu, Islam memberikan jaminan dan keadilan sosial, menekankan
persaudaraan Islam yang bersifat universal, tolong-menolong,
hormat-menghormati, bersatu padu, dan lain-lain.
- Faktor Ahli Tasawuf dan Pendakwah :
Ahli tasawuf dan pendakwah ialah ulama
Islam yang kuat berpegang dan beramaldengan ajaran Islam. Akhlak mereka
menyebabkan agama Islam masyhur dan mendapat sanjungan serta menarik minat
penduduk Tanah Melayu. Mereka bukan sahajaberpakaian bersih dan tertib, tetapi
semua tingkah laku dan tutur kata mereka amat menarik dan mempersonakan serta
penuh dengan hikmah. Pada peringkat permulaannya, mereka dikatakan menghadapi
tentangan sami-sami Hindu yang menggunakan berbagai-bagai ilmu sihir untuk
mematahkan kegiatan dakwah danpengaruh Islam. Dengan pertolongan Allah SWT,
mereka dapat menghadapinya. Oleh itu, orang ramai mudah mempercayai kebenaran
ajaran Islam. Pada zaman kekuasaan Melaka, Acheh, dan Demak, para ahli tasawuf
mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan sultan dan pembesar-pembesar
negara. Contohnya, pada zaman Acheh mereka memainkan peranan penting dalam
urusan pemerintahan. Mereka menganggotai beberapa lembaga pemerintahan. Balai
Gadang pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, telah
dianggotai oleh 22 orang ulama terkenal di Acheh. Di samping itu, ulama-ulama
luar yang datang ke Acheh seperti dari negeri-negeri Semenanjung Arab, Parsi,
Turki, India, Gujerat, dan lain-lain telah menjadi penasihat kepada kerajaan
dan guru-guru kepada institusi pengajian dan masjid-masjid.
- Faktor Penaklukan :
Penaklukan juga tidak kurang pentingnya
menjadi faktor penyebaran Islam di Tanah Melayu. Penaklukan yang dilakukan oleh
sesebuah negara Islam ke atas daerah lain mendorong tersebarnya Islam dengan
cepat. Jika daerah yang ditawan belum Islam maka melalui penaklukan itu para
pembesarnya akan terpengaruh dengan Islam kerana motif politik, kedudukan,
ekonomi, dan sebagainya. Jika daerah yang ditakluk itu telah Islam maka Islam
dapat dikembang dengan lebih berkesan lagi. Contohnya, catatan Ibn Batutah
membuktikan bahawa Kerajaan Pasai telah meluaskan kuasa politiknya ke daerah
sekitarnya melalui peperangan lalu Islam tersebar luas di daerah tersebut.
Melaka pula pada zaman kekuasaan Bendahara Tun Perak telah berjaya menakluki
beberapa daerah di Tanah Melayu dan Sumatera seperti Pahang, Terengganu,
Patani, Kampar, Inderagiri, Rokan, Siak, Johor, Bengkalis, dan lain-lain.
- Faktor Kesusasteraan dan Penulisan :
Kesusasteraan dan penulisan juga menjadi
faktor penting tersebarnya Islam di Tanah Melayu. Selepas kedatangan Islam,
muncul tulisan jawi yang berasal daripada abjad huruf Arab. Dengan adanya
tulisan tersebut maka bahasa Melayu berkembang dengan pesat sekali. Nahu dan
perbendaharaan bahasa Melayu dilengkapkan dengan pengaruh unsur-unsur nahu dan
kata-kata Arab hingga bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar bagi sistem
pelajaran dan pendidikan di Nusantara. Selain itu, berbagai-bagai bentuk
sastera Arab seperti syair, sajak, nazam, dan sebagainya telah mempengaruhi
bahasa Melayu. Akhirnya, lahir ramai tokoh pengarang Islam dalam kalangan para
ulama yang gigih menghasilkan karya sastera yang berunsur Islam. Banyak kitab
agama dikarang atau diterjemahkan ke bahasa Melayu. Karya terjemahan tentang
kisah-kisah Nabi Muhammad SAW dan sahabat menarik minat dan perhatian penduduk
Nusantara. Contohnya, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Raja Khandak, Hikayat Nabi
Wafat, Hikayat Nabi Mengajar anaknya Fatimah, Hikayat Nur Muhammad, dan
sebagainya sering dibacakan kepada penduduk Nusantara.
- Faktor Perkahwinan :
Perkahwinan turut menjadi faktor penting
dalam penyebaran Islam di Tanah Melayu. Perkahwinan berlaku melalui dua cara
iaitu perkahwinan antara saudagar Islam dengan gadis-gadis tempatan, terutama
anak gadis pembesar atau kerabat diraja tempatan. Keduanya ialah perkahwinan
antara raja dengan puteri raja daerah atau negeri lain. Contohnya, perkahwinan
Merah Silu dengan puteri raja Perlak menyebabkan beliau memeluk Islam dan
bergelar Malikul Salleh. Rakyat Pasai turut memeluk Islam kemudiannya.
- Peranan Pemerintah di Nusantara :
Penyebaran Islam di Tanah Melayu sangat
berkait rapat dengan peranan pemerintah. Minat dan sokongan raja-raja dan
pembesar-pembesar negeri terhadap gerakan penyebaran Islam sangat penting.
Contohnya, sultan-sultan di Acheh terlibat secara langsung dalam kegiatan ilmu
pengetahuan dan penyebaran Islam. Antaranya ialah Sultan Alauddin Riayat Syah
dan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Syamsuddin al-Sumaterani dihantar ke
Pahang untuk meyebarkan dakwah Islamiah. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam
turut menjadikan Acheh sebagai pusat pengajian dan kebudayaan Islam sehingga
digelar sebagai Serambi Mekah. Institusi istana menjadi pusat pendidikan
pengajian ilmu dan penyebaran Islam. Peranan sultan Melaka seperti Sultan
Alauddin Riayat Syah dan Sultan Mansur Syah. Sultan Muzaffar Syah.
- Hubungan Diplomatik :
Penyebaran Islam di Tanah Melayu turut
didorong oleh faktor hubungan diplomatik dengan negara luar seperti Kerajaan
Moghul di India dan Makkah. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam di Acheh misalnya
mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Islam seperti Gujerat, Malabar,
Turki, Mesir, Mekah dan lain-lain. Pada zaman baginda, Acheh telah dikunjungi
oleh para ulama seperti Sheikh Abdul Kadir Ibn Hajar dan Sheikh Muhammad Yamani
dari Mekah.
- Perlaksanaan Perundangan Dan Keadilan :
Hukum Kanun Melaka mempunyai unsur-unsur
Islam. Jadi perlaksanaan undang-undang ini mewujudkan keadilan dalam masyarakat
- Faktor Institusi Pendidikan :
Contoh Istana-istana, pondok, balai gadang,
Jamiah Baitul Rahman. Para pelajar yang menerima ilmu pengetahuan dan ajaran
Islam akan menyebarkan pula di tempat masing-masing setelah tamat pengajian.
Sumbe Rujukan (Buku) Atlas Penyebaran Islam - Dr SYAUQI ABU KHALIL
Sumbe Rujukan (Buku) Atlas Penyebaran Islam - Dr SYAUQI ABU KHALIL
Pengaruh kedatangan Islam Ke Tanah Melayu
- Perubahan kepercayaan
Animisme kepada Islam :
Membawa konsep tauhid dengan menafikan
kewujudan banyak Tuhan. Keimanan dan konsep keesaan Tuhan. Ibadat yang luas
menanam fahaman secara akidah dan rasional - mengubah berfikir secara
2. Tahyul dan Fantasi :
Amalan yang bertentangan dengan Islam
terhapus atau diubahsuai walaupun masih mengekalkan sedikit ciri asal seperti
upacara perkahwinan, pertabalan dan lain-lain. Mengubah pandangan masyarakat
terhadap tokoh-tokoh agama Hindu, ahli sihir, bomoh dan dukun diganti dengan
tokoh-tokoh Islam.
3. Perundangan/peraturan
Hukum Kanun Melaka pada abad ke-14 –
memasukkan unsur-unsur perundangan Islam. Contoh: berkaitan minum arak,
berzina, membunuh, memfitnah, murtad, riba dan lain-lain. Undang-Undang Pahang
mengisytiharkan Pahang sebagai Dar al-Islam dan 42 Fasal merupakan terjemahan
sepenuhnya dari undang-undang Fiqah Mazhab Shafie.
4. Pentadbiran
Memperkenalkan sistem kesultanan yang
berbeza dengan beraja ala Hindu-Buddha. Konsep Dewaraja dihapuskan dan
digantikan dengan sultan sebagai pemegang amanah Allah di muka Bumi. Alim
ulama’ sebagai penasihat sultan.
5. Pendidikan
- Sistem pendidikan yang lebih teratur/sistematik.
- Terbuka kepada semua golongan masyarakat.
- Diajar oleh alim ulama yang disanjung dan dihormati.
- Antara pengajarannya – al-Quran, Feqah, sejarah dan lain-lain.
- Menyentuh perkara berkaitan dengan rukun Islam seperti solat, zakat, puasa dan haji.
- Pendakwah mengubahsuai tradisi supaya sejajar dengan Islam.
- Muncul institusi pondok/madrasah, masjid dan surau sebagai tempat mengajar.
- Pendidikan secara formal dan lebih sistematik selepas tahun 1900 dan kemasukan kurikulum baru seperti Bahasa Arab, Ilmu Sains dan Ilmu Hisab.
6. Bahasa dan Kesusasteraan
- Banyak hasilkan karya dari luar diterjemahkan.
- Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan taraf lingua-franca.
- Tulisan jawi sebagai tulisan rasmi.
- Kemasukan istilah Arab dan Parsi. Contohnya: alim, ulama’, musyawwarah dan lain-lain.
- Penulisan karya sastera seperti hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah.
- Antara penulis – Hamzah Fansuri, Shamsuddin al-Sumatrani, Nuruddin al-Ramli.
7. Kesenian Islam
- Ukiran di dinding masjid, bentuk kubah, tempat berwudhuk, mihrab, menara azan, mimbar, batu nisan dan lain-lain.
- Rumah-rumah persendirian – bentuk relung, ukiran daun dan bunga-bungaan.
- Tulisan-tulisan berbentuk geometri, ayat-ayat al-Quran dan hadis.
Sumber Rujukan (Buku) Islam di Alam Melayu - MAHAYUDIN HAJI YAHAYA
Teori Kedatangan Islam Dari India
Brian Harrison penyokong kepada Snouck
Hurgronje merupakan seorang orientalis barat yang telah mengemukakan teori
iaitu masyarakat Tanah Melayu mengambil pandangan daripada masyarakat India
bagi tujuan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal dagangan dan kebudayaan
. Ianya bertujuan untuk menjalinkan hubungan dua hala dan Tanah Melayu berminat
dengan agama Islam yang dianuti oleh pedagang-pedagang India . Selain itu ,
pengaruh perkataan India seperti 'lebai' telah diguna pakai dalam masyarakat
melayu sehingga kini . Malah senibina kubah masjid juga dikatakan berasal
daripada senibina dari negeri india .
Snouck Hurgronje merupakan sejarawan
belanda telah mengemukakan sejak abad ke13 lagi
Islam telah berkembang ke Asia Tenggara menerusi India, iaitu wilayah
Gujerat dan Pantai Koromandel . Pendapat beliau ialah berdasarkan bukti berikut
:
Pedagang India Islam telah lama menjalinkan hubungan perdagangan dengan masyarakat di Asia Tenggara . Gujerat ialah pelabuhan penting pada zaman pemerintahan Khilji di India.
Batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik
Ibrahim di Gerisik, Jawa dan batu nisan Malik al-Salih di Pasai memperlihat
ciri buatan Islam.Sejak dahulu lagi, unsur kebudayaan Hindu
telah disebarkan ke dalam masyarakat di Asia Tenggara.
Sumber Rujukan ENSIKLOPEDIA Dunia Islam - PT ICHTIAR BARU VAN HOEVE
Sumber Rujukan ENSIKLOPEDIA Dunia Islam - PT ICHTIAR BARU VAN HOEVE
Teori Kedatangan Islam Dari China dan Champa
Islam sendiri pernah sampai ke negara China
atau Champa pada sekitar tahun 650 Masihi yang pada ketika itu pemerintahan
Dinasti Pang . Pada waktu tersebut , wilayah Canton telah menjadi tempat
tumpuan pedagang-pedagang dan pendakwah Islam . Pada tahun 877 Masihi , telah
berlaku pemberontakan di wilayah Canton yang telah mengorbankan 120 000 hingg
200 000 pedagang-pedagang yang kebanyakkanye datang dari Tanah Arab dan
menyebabkan orang Arab -Islam menyelamatkan diri mereka di Kalah (Kedah) serta
Palembang , Menurut catatan , Kedatangan Islam dari negara China bermula pada
awal tahun 977 Masihi . Emanuel Gadinho Eredia mengemukan teori bahawa sejak
abad ke-9 Masihi, peniaga Arab yang beragama Islam telah mengunjungi Khan Fo
atau Canton (kini dikenali sebagai Guang Zhou) yang merupakan pusat perniagaan
yang terkenal. Melalui hubungan perdagangan ini, Islam berkembang dalam
kalangan peniaga cina di Negara China dan peniaga Cina Islam telah menyebarkan
Islam kepada masyarakat Asia Tenggara semasa berdagang di sana .
Batu Bersurat bukti kedatangan islam dari china
S.Q. Fatimi berpendapat bahawa Islam datang dari China berdasarkan bukti yang berikut :
- Pada sekitar tahun 876M, pedagang Islam yang tinggal di Canton atau Amoy yang berpindah beramai-ramai ke Asia Tenggara.
- Penemuan Batu Bersurat Terengganu pada tahun 1899M di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu
- Pada tahun 1953, di Kampung Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan, Pahang telah ditemui sepasang batu nisan yang mempunyai tulisan al-Quran dan kalimah Arab bertarikh 1028M.
- Seni bina di China dengan seni bina pada masjid-masjid di Nusantara seperti di Kelantan, Melaka, dan Pulau Jawa didapati mempunyai unsur yang sama.
- Penggunaan warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid, jubin lantai, dinding, tangga, dan kolam air di masjid dan pengaruh atap genting China.
Sumber rujukan ENSIKLOPEDIA Dunia Islam - PT ICHTIAR BARU VAN HOEVE
Teori kedatangan Islam Dari Tanah Arab/Parsi
Hubungan perdagangan Arab dengan Tanah
Melayu telah berlaku sebelum wujudnya Islam lagi . Tetapi akitiviti dagangan
bertambah selepas Islam diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke-7 masihi .
Sesuai dengan Islam yang bersifat universal , masyarakat melayu selesa dengan
agama islam yang dianuti mereka . Malah ianya memudahkan lagi pedagang-pedagang
Arab untuk melakukan aktiviti dagangan mereka . John Crawford telah
mengemukakan teori dan disokong oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas iaitu Islam
datang dari Arab melalui pedagang . Buktinya , Buktinya catatan China
mengatakan orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan di Canton
sejak tahun 300 M. Pedagang Arab yang ke China singgah di pelabuhan Asia
Tenggara khasnya di Selat Melaka kerana kedudukannya strategik dan pedagang Arab ini tinggal
beberapa bulan di Asia Tenggara dan ada yang menetap serta membina perkampungan
Arab . Perkampungan ini juga menjadi tempat untuk berdagang . Ada juga pedagang
Arab yang berkahwin dengan wanita tempatan dan menyebarkan Islam . Menurut
catatan China telah wujud petempatan Arab di Sumatera Utara iaitu di Ta Shih .
Kedatangan pedagang Arab ke Tanah Melayu
Sebagai contoh bukti kedatangan Islam terus
dari Arab/Parsi yang telah dihujahkan oleh Professor Doktor Syed Muhammad
Naquib Al-Attas (1972) ialah :
- Pengaruh daripada sudut tulisan jawi yang berasal daripada Arab
- Kebanyakkan ulama-ulama yang datang ke rantau ini adalah daripada Tanah Arab seperti Syeikh Ismail Al-Siddiq , Maulana Abu Bakar , Maulana Iskah dan ramai lagi .
- Istilah Melaka berasal daripada Arab iaitu 'mulaqat' bermaksud tempat pertemuan .
- Terdirinya kerajaan Melayu-Islam Melaka yang menggunakan Perundangan Islam 'syariah Islamiyyah' untuk mentadbir negara .
Sumber Rujukan :ENSIKLOPEDIA Dunia Islam - PT ICHTIAR BARU VAN HOEVE
Teori Kedatangan Islam Ke Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah Melayu tidak
seperti agama-agama yang lain kerana ianya berlangsung dengan suasana yang aman
dan harmoni serta tidak berlaku peperangan malah diterima baik masyarakat
melayu . Secara umumnya terdapat tiga teori yang berbeza mengenai kedatangan
Islam di Tanah Melayu :
- Kedatangan Islam dari Tanah Arab/Parsi
- Kedatangan Islam dari India
- Kedatangan Islam dari China
Sumber Rujukan : ENSIKLOPEDIA Dunia Islam - PT ICHTIAR BARU VAN HOEVE
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu
Sejarah Kedatangan Islam ke Tanah Melayu
Sebelum kedatangan Islam, masyrakat Melayu
menganut fahaman animisme. Keadaan ini berubah selepas kedatanagan Islam yang
membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan Tuhan yang banyak. Bermula
dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas Islam telah berjaya menarik
minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam, kehidupan harian masyarakat
Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan dengan akidah ditinggalkan
secara beransur-ansur.
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai
bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama
Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara
China. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan
beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka
pada abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar
di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam
perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah
pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah
wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab
di Nusantara. Menurut beliau lagi, itulah satu-satunya negeri Islam di
Kepulauan Melayu pada masa itu (Hall dlm Ruslan Zainuddin). Manakala Ibn
Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa
dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga
1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan
mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain di
sekelilingnya masih belum mmeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16
Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan
Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad
lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga
menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu .
Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan
Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, kita dapati
proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan politik berterusan
berlaku. Dalam bidang undang-undang dimulai dengan undang-undang Kanun Melaka
& Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan seterusnya Kanun
Kota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan Perlembagaan Terengganu &
Perlembagaan Negeri Johor. Perubahan dalam bidang sosio-budaya juga berlaku di
mana orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan
yang terangkum dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adab
berbahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah
dianggap sebagai pemerintah di mana kekuasaan politik itu merupakan satu amanah
Allah dan para pemimpin diminta bertindak mengikut lunas-lunas yang digariskan
oleh Islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)