Wednesday, 17 February 2016

Reference


Islam di Alam Melayu -  MAHAYUDIN HAJI YAHAYA

Islam Nusantara - Dr. M. ABDUL KARIM


Atlas Penyebaran Islam - Dr SYAUQI ABU KHALIL


ENSIKLOPEDIA Dunia Islam - PT ICHTIAR BARU VAN HOEVE


Sumber Internet


Monday, 15 February 2016

Faktor-Faktor Kedatangan Islam Ke Tanah Melayu


Ada beberapa faktor tentang penyebaran agama islam di nusantara. Antaranya ialah faktor kesederhanaan, kesucian dan keluhuran agama islam itu sendiri. Bersama dengan kedatangan islam itu pula wujudnya keamanan, ilmu pengetahuan, kepandaian,menulis dan membaca, keadilan sosial dan kemajuan, sebagai gambaran daripada keluhuran dan kesucian agama tersebut. Salah satu daripada ajaran islam itu ialah wajib percaya kepada adanya syurga dan pahala dan kita juga akan menerima azabnya jika berbuat kejahatan.

Faktor ekonomi dan sosial juga menjadi pendorong yang besar ke arah kepesatan berkembangnya agama islam di Tanah Melayu . Kemewahan yang dimiliki oleh saudagar-saudagar islam juga telah menarik hati penduduk tempatan termasuk pihak pemerintah sendiri. Mereka mengahwinkan puteri-puteri bangsawan dan puteri-puteri orang besar untuk mengekalkan saudagar-saudagar tersebut di tempat itu untuk mendapat faedah ekonomi. Huru-hara akibat peperangan juga merupakan faktor penting tersebarnya agama islam.
Disamping itu, kelemahan pengaruh hindu dan buddha telah mendorongkan kepada penukaran dari agama tersebut kepada agama islam. Aliran fikiran yang menjadi panduan hidup orang hindu banyak yang bertentangandengan tradisi penduduk tempatan Disebaliknya pula islam telah menarik fikiran mereka menyebabkan mereka berasa senang hati memeluk islam.

Tempat tumpuan islam yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu ialah Kuala Brang. lebih kurang dua puluh lima batu ke hulu sungai Terengganu. Buktinya masih dapat dilihat sekarang ini di Muzium Negara Kuala Lumpur iaitu Batu Terengganu. Walaubagaimanapun islam tidak tersebar dari Terengganu ke seluruh Tanah Melayu kerana beberapa faktor.


  • MELAKA


Telah diketahui dan dipercayai umum bahawa disekitar tahun 1400 M, Melaka sudah menjadi sebuah negar pelabuhan dan perdagangan terpenting di Tanah Melayu. Menurut catatan sejarah Cina ada menyatakan bahawa seorang general Dinasti Ming yang bernama Cheng Ho yang beragama islam telah datang ke Melaka pada tahun 1403 M. Catatan itu ada menyatakan bahawa rakyat negeri Melaka yang waktu itu telah ramai beragama islam. Ini menunjukkan bahawa agama islam telah pun bertapak disana sejak dari tarikh tersebut.

Raja Melaka yang pertama memeluk agama islam ialah Megat Iskandar Syah. Pengaruh Arab-Parsi ternyata besar, lalu dia berkahwin dengan puteri Raja Pasai. Pada masa pemerintahannya agama islam telah berkembang di Johor, Pahang, Jambi, Siak, Rokan, Indagiri, Kampar, Bengkalis, Bentan dan Kepulauan Riau.
Setelah Sultan Mansur Syah mangkat pada tahun 1477 M, putera baginda bergelar Alauddin Riayat Syah menaiki takhta. Beliau telah menguatkan undang-undang islam dalam pemerintahannya sebelum kemangkatan beliau.


  •  JOHOR


Johor sentiasa berhubung rapat dengan kesultanan Melaka malah sebahagian dari negeri Johor adalah dianggap sebahagian dari negeri Melaka asli. Dapat dikatakan bahawa kepala-kepala daerah di Johor dan juga penduduk yang begitu jauh terasing di pedalaman negeri itu telah memeluk islam sebagai hasil secara langsung dari penerimaan agama islam di Melaka. Berlakunya demikian kerana adanya jalinan yang erat antara kedua-dua negeri yang berkenaan Batu bersurat islam Islam yang mula-mula sekali dijumpai di daerah ini ialah kubur Sultan Alauddin Syah yang telah meninggal dalam tahun 1488 M, di Ulu Pagoh dan kubur saudaranya Sulaiman bin Sultan Mansur di Sayong.


  • NEGERI SEMBILAN


Sungai Ujong menjadi milik Tun Peark, Bendahara Sultan Muhammed Melaka(1423-46 M). Jadi daerah ini pun sebagaimana yang telah berlaku di Johor telah memeluk agama islam pada permulaan abad ke lima belas.


  • KELANTAN


Dalam sejarah negeri Kelantan ada tersebut bahawa disekitar tahun 1550M. , seorang Syekh dari Pantai telah datang membawa agama islam di negeri ini. Wang dinar perbelanjaan negeri Kelantan yang bertulis angka Arab 577 yang mungkin bermaksud tahun 577 Hijrah telah dijumpai disana.


  • KEDAH


Sejarah negeri Kedah ada menyatakan bahawa agama islam masuk ke negeri itu pada tahun 1501 M dibawa oleh seprang pengembang agama bernama Syaekh Abdullah. Kaedah pada masa itu yang bernama Pra Ong Maha Wangsa atau nama islamnya Sultan Muzaffar Syah. Kemudian seisi istana dan orang besar sekelilingnya turut menganut islam. Berhala-berhala yang disembah sejak datuk-nenek mereka dibakar dan dibinasakan.


  • SELANGOR


Tun Perak yang memiliki Sungai Ujung juga memiliki Kelang sebagai tanah jajahannya. Ini menunjukkan bahawa Kelang telah menjadi kota islam semenjak pertengahan pertama abad kelima belas. Sebelum kedatangan Bugis dalam abad ke lapan belas, di Selangor sangat terbatas kepada daerah Kelang semata-mata.


  • PAHANG


Dinegeri Pahanglah banyak sekali batu nesan raja yang terjaga baiksehingga dapat dihubungkan sejarah satu-persatu dengan tepat. Batu nesan tersebut dapat dilihat dilanggar dan inilah batu bersurat islam yang mula-mula dijumpai di Pahang.


  • PERAK



Raja Melaka yang akhir iaitu Sultan Mahmud(1488-1511 M) pernah memberi bantuan kepada Beruas memerangi musuhnya. Perhubungan mereka bertambah erat apabila saudara perempuan Raja Beruas telah kahwin salah seorang kerabat diraja Melaka. Ini menunjukkan islam tersebar di Beruas.

Sumber Rujukan  ( Buku) Islam di Alam Melayu -  MAHAYUDIN HAJI YAHAYA

Cara-cara Kedatangan Islam Ke Tanah Melayu



  • Melalui perdagangan



Pedagang dari Arab , China dan India telah lama menjalin hubungan di pelabuhan Asia Tenggara seperti di Selat Melaka , Kepulauan Rempah .
Sikap dan tingkahlaku baik pedagang Islam ini menjadi ikutan penduduk setempat
Setengah pedagang luar ini membawa ulama bersama mereka untuk berdakwah di pelabuhan
Sifat mahmudah (sopan-santun , ikhlas , lemah-lembut ) pedagang Islam menarik minat orang tempatan
Pedagang Islam juga mempunyai hubungan baik dengan pemerintah tempatan hingga diberi keistimewaan . Ada diantara mereka dianugerah jawatan syahbandar , syahbandar inilah yang turut menyebarkan Islam .

  • Melalui perkahwinan

Perkahwinan Siasah - berlaku di kalangan kerabat diraja  . Di Melaka Sultan Mansur Syah dan Muzaffar Syah mengahwinkan puteri mereka dengan Raja Siak , Kampar , Jambi. Kemudiannya negeri ini akan diislamkan oleh Melaka
Perkahwinan Biasa - berlaku antara ulama atau pedagang Islam dari India atau Arab dengan orang tempatan . Maka Islam tersebar di kalangan keluarga di kalangan keluarga dan masyarakat orang yang dikahwini itu .

  • Pengislaman Raja Dan Golongan Bangsawan

Apabila raja memeluk Islam , ia akan diikuti oleh rakyat kerana mereka sangat setia kepada raja
Pengislaman Megat Iskandar Syah Melaka contohnya , diikuti pengislamankeluarga diraja\
Di Pasai pengislaman Raja Malik  menjadikan Islam cepat berkembang dan Pasai menjadi kerajaan yang kuat

  • Kelahiran Kerajaan Islam

  a. Kerajaan Islam terawal - Kerajaan Perlak , Samudera dan Pasai .
  
  b. Melaka - Tun Perak memperluaskan kuasa dan kemudiannya mengislamkan kawasan seperti Aru ,                     Rokan dan Siak .
  
  c. Johor Riau - Kerajaan ini berusaha menawan semula Melaka bagi mengelakkan Portugis                                         menawan Melaka menjadi pusat penyebaran agama Kristian di Tanah Melayu
  
  d. Demak - Selepas menawan Majapahit , kerajaan ini telah menyebarkan Islam ke seluruh Jawa .                          Usaha ini diikuti oleh Kerajaan Islam di Jawa seperti Pajang dan Mataram


  • Peranan Pusat Kebudayaan



Pusat kebudayaan bertindak sebagai pusat keilmuan dan penyebaran Islam seperti di Perak , Riau  , Acheh . Di sini ramai cerdik pandai dan banyak institusi pendidikan .
Samudera dan Pasai  - menjadi pusat penterjemahan di kepulauan Melayu , Kitab Arab  , telah diterjemah kepada Bahasa Melayu  . Sulatan Mansur Melaka pernah mengirim kitab al - Dur Al dan manzun untuk diterjemahkan di sini . Sultan Mahmud Melaka pula pernah merujuk masalah agama kepada pakar di sini .
Melaka - banyak karya sastera pengaruh Arab ditulis seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Nabi bercukur 

Sumber Rujukan (Buku) Islam Nusantara - Dr. M. ABDUL KARIM


Faktor-faktor Penyebaran Agama Islam ke Tanah Melayu



  • Faktor Perdagangan :

Para pedagang memang memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di Tanah Melayu. Para pedagang Arab, India, Parsi memang mempunyai kegiatan perdagangan di Tanah Melayu sejak abad ke 8 atau 9 Masihi. Peranan mereka dalam penyebaran Islam ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu usaha mereka sendiri menyampaikan Islam kepada penduduk tempatan dan keduanya ialah melalui kemudahan yang mereka berikan kepada para pendakwah Islam menaiki kapal-kapal mereka untuk bergerak dari satu pelabuhan ke pelabuhan lain untuk berdakwah. Para pedagang Islam mempunyai peluang yang sebaik-baiknya untuk menyebarkan Islam melalui tiga saluran iaitu hubungan baik mereka dengan para penguasa pelabuhan, raja atau pembesar-pembesar tempatan. Selain itu, mereka mengahwini gadis-gadis tempatan dan menjalin hubungan baik dengan pedagang-pedagang lain yang datang dari berbagai-bagai kawasan di Nusantara. Di samping itu, pada abadabad 14, 15, 16, dan 17 Masihi menyaksikan bahawa kegiatan perdagangan amat menggalakkan sekali. Contohnya, pada abad ke-14 kerajaan Pasai, abad ke-15 kerajaan Melaka, dan pada abad ke-16 kerajaan Acheh merupakan pusat-pusat perdagangan yang mewarnai kegiatan perdagangan di Tanah Melayu. Kedudukan Tanah Melayu yang amat strategik membantu kerancakan perdagangan.


  • Faktor Ajaran Islam :

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu terpaksa menghadapi persaingan agama Hindu yang telah bertapak selama 13 abad. Namun, semua aspek ajaran Islam itu mempunyai kelebihannya yang menyebabkan Islam mudah diterima oleh penduduk Nusantara. Salah satu kebaikan Islam ialah mudah difahami, tidak bertentangan dengan akal fikiran, sentiasa rasional dan amat sesuai bagi semua manusia pada segenap zaman dan tempat. Misalnya, dalam aspek sosial, Islam mengajarkan bahawa semua manusia adalah sama taraf dan manusia yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah mereka yang paling bertakwa. Di samping itu, Islam memberikan jaminan dan keadilan sosial, menekankan persaudaraan Islam yang bersifat universal, tolong-menolong, hormat-menghormati, bersatu padu, dan lain-lain.


  • Faktor Ahli Tasawuf dan Pendakwah :

Ahli tasawuf dan pendakwah ialah ulama Islam yang kuat berpegang dan beramaldengan ajaran Islam. Akhlak mereka menyebabkan agama Islam masyhur dan mendapat sanjungan serta menarik minat penduduk Tanah Melayu. Mereka bukan sahajaberpakaian bersih dan tertib, tetapi semua tingkah laku dan tutur kata mereka amat menarik dan mempersonakan serta penuh dengan hikmah. Pada peringkat permulaannya, mereka dikatakan menghadapi tentangan sami-sami Hindu yang menggunakan berbagai-bagai ilmu sihir untuk mematahkan kegiatan dakwah danpengaruh Islam. Dengan pertolongan Allah SWT, mereka dapat menghadapinya. Oleh itu, orang ramai mudah mempercayai kebenaran ajaran Islam. Pada zaman kekuasaan Melaka, Acheh, dan Demak, para ahli tasawuf mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan sultan dan pembesar-pembesar negara. Contohnya, pada zaman Acheh mereka memainkan peranan penting dalam urusan pemerintahan. Mereka menganggotai beberapa lembaga pemerintahan. Balai Gadang pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, telah dianggotai oleh 22 orang ulama terkenal di Acheh. Di samping itu, ulama-ulama luar yang datang ke Acheh seperti dari negeri-negeri Semenanjung Arab, Parsi, Turki, India, Gujerat, dan lain-lain telah menjadi penasihat kepada kerajaan dan guru-guru kepada institusi pengajian dan masjid-masjid.


  • Faktor Penaklukan :

Penaklukan juga tidak kurang pentingnya menjadi faktor penyebaran Islam di Tanah Melayu. Penaklukan yang dilakukan oleh sesebuah negara Islam ke atas daerah lain mendorong tersebarnya Islam dengan cepat. Jika daerah yang ditawan belum Islam maka melalui penaklukan itu para pembesarnya akan terpengaruh dengan Islam kerana motif politik, kedudukan, ekonomi, dan sebagainya. Jika daerah yang ditakluk itu telah Islam maka Islam dapat dikembang dengan lebih berkesan lagi. Contohnya, catatan Ibn Batutah membuktikan bahawa Kerajaan Pasai telah meluaskan kuasa politiknya ke daerah sekitarnya melalui peperangan lalu Islam tersebar luas di daerah tersebut. Melaka pula pada zaman kekuasaan Bendahara Tun Perak telah berjaya menakluki beberapa daerah di Tanah Melayu dan Sumatera seperti Pahang, Terengganu, Patani, Kampar, Inderagiri, Rokan, Siak, Johor, Bengkalis, dan lain-lain.


  • Faktor Kesusasteraan dan Penulisan :

Kesusasteraan dan penulisan juga menjadi faktor penting tersebarnya Islam di Tanah Melayu. Selepas kedatangan Islam, muncul tulisan jawi yang berasal daripada abjad huruf Arab. Dengan adanya tulisan tersebut maka bahasa Melayu berkembang dengan pesat sekali. Nahu dan perbendaharaan bahasa Melayu dilengkapkan dengan pengaruh unsur-unsur nahu dan kata-kata Arab hingga bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar bagi sistem pelajaran dan pendidikan di Nusantara. Selain itu, berbagai-bagai bentuk sastera Arab seperti syair, sajak, nazam, dan sebagainya telah mempengaruhi bahasa Melayu. Akhirnya, lahir ramai tokoh pengarang Islam dalam kalangan para ulama yang gigih menghasilkan karya sastera yang berunsur Islam. Banyak kitab agama dikarang atau diterjemahkan ke bahasa Melayu. Karya terjemahan tentang kisah-kisah Nabi Muhammad SAW dan sahabat menarik minat dan perhatian penduduk Nusantara. Contohnya, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Raja Khandak, Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Nabi Mengajar anaknya Fatimah, Hikayat Nur Muhammad, dan sebagainya sering dibacakan kepada penduduk Nusantara.



  • Faktor Perkahwinan :

Perkahwinan turut menjadi faktor penting dalam penyebaran Islam di Tanah Melayu. Perkahwinan berlaku melalui dua cara iaitu perkahwinan antara saudagar Islam dengan gadis-gadis tempatan, terutama anak gadis pembesar atau kerabat diraja tempatan. Keduanya ialah perkahwinan antara raja dengan puteri raja daerah atau negeri lain. Contohnya, perkahwinan Merah Silu dengan puteri raja Perlak menyebabkan beliau memeluk Islam dan bergelar Malikul Salleh. Rakyat Pasai turut memeluk Islam kemudiannya.


  • Peranan Pemerintah di Nusantara :

Penyebaran Islam di Tanah Melayu sangat berkait rapat dengan peranan pemerintah. Minat dan sokongan raja-raja dan pembesar-pembesar negeri terhadap gerakan penyebaran Islam sangat penting. Contohnya, sultan-sultan di Acheh terlibat secara langsung dalam kegiatan ilmu pengetahuan dan penyebaran Islam. Antaranya ialah Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Syamsuddin al-Sumaterani dihantar ke Pahang untuk meyebarkan dakwah Islamiah. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam turut menjadikan Acheh sebagai pusat pengajian dan kebudayaan Islam sehingga digelar sebagai Serambi Mekah. Institusi istana menjadi pusat pendidikan pengajian ilmu dan penyebaran Islam. Peranan sultan Melaka seperti Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultan Mansur Syah. Sultan Muzaffar Syah.


  • Hubungan Diplomatik :

Penyebaran Islam di Tanah Melayu turut didorong oleh faktor hubungan diplomatik dengan negara luar seperti Kerajaan Moghul di India dan Makkah. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam di Acheh misalnya mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Islam seperti Gujerat, Malabar, Turki, Mesir, Mekah dan lain-lain. Pada zaman baginda, Acheh telah dikunjungi oleh para ulama seperti Sheikh Abdul Kadir Ibn Hajar dan Sheikh Muhammad Yamani dari Mekah.


  • Perlaksanaan Perundangan Dan Keadilan :

Hukum Kanun Melaka mempunyai unsur-unsur Islam. Jadi perlaksanaan undang-undang ini mewujudkan keadilan dalam masyarakat


  • Faktor Institusi Pendidikan :


Contoh Istana-istana, pondok, balai gadang, Jamiah Baitul Rahman. Para pelajar yang menerima ilmu pengetahuan dan ajaran Islam akan menyebarkan pula di tempat masing-masing setelah tamat pengajian.

Sumbe Rujukan (Buku) Atlas Penyebaran Islam - Dr SYAUQI ABU KHALIL

Pengaruh kedatangan Islam Ke Tanah Melayu



  1.  Perubahan kepercayaan


   Animisme kepada Islam :
   Membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan banyak Tuhan. Keimanan dan konsep            keesaan Tuhan. Ibadat yang luas menanam fahaman secara akidah dan rasional - mengubah berfikir    secara

      2.  Tahyul dan Fantasi :


Amalan yang bertentangan dengan Islam terhapus atau diubahsuai walaupun masih mengekalkan sedikit ciri asal seperti upacara perkahwinan, pertabalan dan lain-lain. Mengubah pandangan masyarakat terhadap tokoh-tokoh agama Hindu, ahli sihir, bomoh dan dukun diganti dengan tokoh-tokoh Islam.

     3.  Perundangan/peraturan


Hukum Kanun Melaka pada abad ke-14 – memasukkan unsur-unsur perundangan Islam. Contoh: berkaitan minum arak, berzina, membunuh, memfitnah, murtad, riba dan lain-lain. Undang-Undang Pahang mengisytiharkan Pahang sebagai Dar al-Islam dan 42 Fasal merupakan terjemahan sepenuhnya dari undang-undang Fiqah Mazhab Shafie.

     4.  Pentadbiran

Memperkenalkan sistem kesultanan yang berbeza dengan beraja ala Hindu-Buddha. Konsep Dewaraja dihapuskan dan digantikan dengan sultan sebagai pemegang amanah Allah di muka Bumi. Alim ulama’ sebagai penasihat sultan.

     5.  Pendidikan
      
  • Sistem pendidikan yang lebih teratur/sistematik.
  • Terbuka kepada semua golongan masyarakat.
  • Diajar oleh alim ulama yang disanjung dan dihormati.
  • Antara pengajarannya – al-Quran, Feqah, sejarah dan lain-lain.
  • Menyentuh perkara berkaitan dengan rukun Islam seperti solat, zakat, puasa dan haji.
  • Pendakwah mengubahsuai tradisi supaya sejajar dengan Islam.
  • Muncul institusi pondok/madrasah, masjid dan surau sebagai tempat mengajar.
  • Pendidikan secara formal dan lebih sistematik selepas tahun 1900 dan kemasukan kurikulum baru seperti Bahasa Arab, Ilmu Sains dan Ilmu Hisab.

     6.  Bahasa dan Kesusasteraan

  • Banyak hasilkan karya dari luar diterjemahkan.
  • Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan taraf lingua-franca.
  • Tulisan jawi sebagai tulisan rasmi.
  • Kemasukan istilah Arab dan Parsi. Contohnya: alim, ulama’, musyawwarah dan lain-lain.
  • Penulisan karya sastera seperti hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah.
  • Antara penulis – Hamzah Fansuri, Shamsuddin al-Sumatrani, Nuruddin al-Ramli.


     7.  Kesenian Islam

  • Ukiran di dinding masjid, bentuk kubah, tempat berwudhuk, mihrab, menara azan, mimbar, batu nisan dan lain-lain.
  • Rumah-rumah persendirian – bentuk relung, ukiran daun dan bunga-bungaan.
  • Tulisan-tulisan berbentuk geometri, ayat-ayat al-Quran dan hadis.

Sumber Rujukan (Buku) Islam di Alam Melayu -  MAHAYUDIN HAJI YAHAYA




Teori Kedatangan Islam Dari India


Brian Harrison penyokong kepada Snouck Hurgronje merupakan seorang orientalis barat yang telah mengemukakan teori iaitu masyarakat Tanah Melayu mengambil pandangan daripada masyarakat India bagi tujuan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal dagangan dan kebudayaan . Ianya bertujuan untuk menjalinkan hubungan dua hala dan Tanah Melayu berminat dengan agama Islam yang dianuti oleh pedagang-pedagang India . Selain itu , pengaruh perkataan India seperti 'lebai' telah diguna pakai dalam masyarakat melayu sehingga kini . Malah senibina kubah masjid juga dikatakan berasal daripada senibina dari negeri india .

 Snouck Hurgronje merupakan sejarawan belanda telah mengemukakan sejak abad ke13 lagi  Islam telah berkembang ke Asia Tenggara menerusi India, iaitu wilayah Gujerat dan Pantai Koromandel . Pendapat beliau ialah berdasarkan bukti berikut :

Snouck Hurgronje

Pedagang India Islam telah lama menjalinkan hubungan perdagangan dengan masyarakat di Asia Tenggara . Gujerat ialah pelabuhan penting pada zaman pemerintahan Khilji di India.
Batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa dan batu nisan Malik al-Salih di Pasai memperlihat ciri buatan Islam.Sejak dahulu lagi, unsur kebudayaan Hindu telah disebarkan ke dalam masyarakat di Asia Tenggara.


Sumber Rujukan ENSIKLOPEDIA Dunia Islam - PT ICHTIAR BARU VAN HOEVE

Teori Kedatangan Islam Dari China dan Champa


       Islam sendiri pernah sampai ke negara China atau Champa pada sekitar tahun 650 Masihi yang pada ketika itu pemerintahan Dinasti Pang . Pada waktu tersebut , wilayah Canton telah menjadi tempat tumpuan pedagang-pedagang dan pendakwah Islam . Pada tahun 877 Masihi , telah berlaku pemberontakan di wilayah Canton yang telah mengorbankan 120 000 hingg 200 000 pedagang-pedagang yang kebanyakkanye datang dari Tanah Arab dan menyebabkan orang Arab -Islam menyelamatkan diri mereka di Kalah (Kedah) serta Palembang , Menurut catatan , Kedatangan Islam dari negara China bermula pada awal tahun 977 Masihi . Emanuel Gadinho Eredia mengemukan teori bahawa sejak abad ke-9 Masihi, peniaga Arab yang beragama Islam telah mengunjungi Khan Fo atau Canton (kini dikenali sebagai Guang Zhou) yang merupakan pusat perniagaan yang terkenal. Melalui hubungan perdagangan ini, Islam berkembang dalam kalangan peniaga cina di Negara China dan peniaga Cina Islam telah menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara semasa berdagang di sana .
Batu Bersurat bukti kedatangan islam dari china


S.Q. Fatimi berpendapat bahawa Islam datang dari China berdasarkan bukti yang berikut :
  • Pada sekitar tahun 876M, pedagang Islam yang tinggal di Canton atau Amoy yang berpindah beramai-ramai ke Asia Tenggara.
  • Penemuan Batu Bersurat Terengganu pada tahun 1899M di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu
  • Pada tahun 1953, di Kampung Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan, Pahang telah ditemui sepasang batu nisan yang mempunyai tulisan al-Quran dan kalimah Arab bertarikh 1028M.
  • Seni bina di China dengan seni bina pada masjid-masjid di Nusantara seperti di Kelantan, Melaka, dan Pulau Jawa didapati mempunyai unsur yang sama.
  • Penggunaan warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid, jubin lantai, dinding, tangga, dan kolam air di masjid dan pengaruh atap genting China.
Sumber rujukan ENSIKLOPEDIA Dunia Islam - PT ICHTIAR BARU VAN HOEVE